Friday, July 11, 2014

Assalamualaikumm

lamanya x update blog..rasanya last update 1 tahun lepas. Spjg 1 tahun lps byk perkara yg belaku dlm kehidupan aku.. byk perkara yg berlaku dan mmbuatkan ak rasa lebih dekat dgn Allah..

Pada Tahun 2013 bulan Oktober mama kpd kawan baikku telah pun pulag ke Rahmatullah. Saat itu ak melihat sendiri bagaimana seseorg itu kehilangan seorg ibu. ibu tempat kt bergantung dan ibula tempat kt meluahkan segalanyaa. Kesedihan yg dialami linda dan keluarga turut aku rasai.. Dan ini mmbuatkan aku untuk merasa bersyukur kerana Allah masih bagi ak peluang untuk bersama sama dgn mama.. dan ini membuatkan ak merasa kerdil sgt di sisi Allah. Apa lagi yg ak harapkan.. Allah dah bagi ak pelbagai nikmat berbading org lain knp ak masih tidak bersyukur.. Kalau ak ckp hidup ak susah ada lagi yg susah. So saat ini ak bersyukur sgt sgt. Aku berjanji ak akan berkhidmat untuk mama. Aku akan cuba mnjjadi anak solehah untuk mama supaya kelak aku dpt memegang tangan mama ke syurgaa. Aminn.

Pada Tahun 2014 bulan March pakngah aku pulang ke Rahmatullah. Kali pertama org yg dekat dgn ak.ahli keluargaku pergi buat selama lamanya. Kesedihan yg teramat sgt. Namun harus redha dgn ketentuan Allah. Kepergian pakngah sgt tenang. Saat beliau dicabut nyawa, semua keluarga berad di sissinya. mukanya yg tenang sahaja. Ya Allah tempatkanlah Pakngah bersam sama org yg soleh. Saat ini ak melihat plk bagaimana seseorg itu kehilangan seorg ayah. Adik saudaraku yg baru berumur 16 tahun hilang seorg ayah. dan makngah ku kehilangan seorg suami.. Di saat ini ak merasa bersyukur yg teramat sgt kerana Allah pjgkan umur babah.. dan aku tekad ak nak jdi seorg ank perempuan yg xkan menghlang babah masuk ke syurga..

Kematian ini memberikan ak iktibar.. saat melangkah ke kubur dan mdengar talkin.. mgetarkan jiwaku. Ya Allah bagaiana kalau ak yg dipanggilmu saat ak belum sempurna. Mampukah ak mnjawab semua persoalan Malaikat mungkar nangkir nnti. Adakah kubur aka akan dilapangkan atau akan disempitkan. Adakah kubur ak akan mjadi taman taman syurga atau lubang  lubang neraka. Setiap hari persoalan ini yg akan bermain di minda aku. Ya Allah tiada apa yg ak harapkan cuma matikan aku dalam khusnul khotimah.. Aku masih manusia yg kurang ilmu nmun akan ku cari ilmu itu supaya kelak ketika ak dicabut nyawa, malaikat yg dtg kpdku akan berada dlm keadaan yg tenang dan rohku dicabut dgn tenang. dan malaikat malaikat sudah mnunggu rohku di langit. dan berharp rohkuu akan berbau wangii.dan saat malaikat mungkar nangkir mnanyakan persolan, ak dpt mnjawabnya dgn lancar. Biar kt susah di dunia namun bahagia di akhirat. Inilah kepentingan aku sekarang. Aku akan cuba sebaik mungkin untuk istiqomah di jalan mu Ya Allah. Terima kasihh kerana bagi aku peluang untuk hidup di dunia ini supaya aku dapat mngumpul sbyk maana amal ibadat...

No comments:

Post a Comment