Tuesday, April 24, 2012

7 petala cinta

aku terbaca satu cerpen ni.. dan ia sngat sngatlah tertarik. ini barulah di namakan 7 petala cinta bkn sperti filem yg kt tgk tu. hope ak jga akn memperolehi suami yg soleh yg dpt mebimbing ak di dunia dan jg akhirat. insyaallah. amin.

Mudah-mudahan cerpen ini bermanfaat sebagai bacaan tarbiyyah kita. InsyaAllah..

Petala Pertama: Dasar Kepada Cinta.

Engkau tidak meminta. Engkau tidak pula berdoa mengharapkan dia. Saban waktu solat, yang engkau doakan hanyalah wanita yang sederhana. Memahami agamaNya, berakhlak, dan dari keturunan yang baik. Sejuk wajah memandang, tenang dan menyenangkan. Engkau tidak sebut nama sesiapa. Dan itulah yang menjadi canda harian dikau dengan Hazwan.

“Doakan ana dapat bidadari yang sederhana, faham agamaNya, berakhlak, sejuk wajah memandangnya.” Bisik kau ke telinga Hazwan saban dia mengangkat tangan berdoa, dan begitulah dia melakukannya kepada engkau, kala kalian berkesempatan.

Tetapi Allah jatuhkan rasa itu kepada Si Dia. Dari arah yang tidak disangka-sangka.

“Takkan nampak dari jauh, sudah mahu jatuh hati?” Engkau sentiasa mempersoalkan diri. Kau tidak pernah bertemu dengannya. Engkau tidak kenal sikap dan akhlaknya. Engkau tidak tahu keluarganya bagaimana. Dan engkau tidak pernah tahu bagaimana agamanya.

Bertudung labuh bersama seragam sekolahmu, itu belum membuktikan apa-apa. Namun hanya sekilas pandang, jiwamu seakan tidak mahu melepaskannya. Wajah itu lekat di dalam hati, dan sentiasa diulang tayang dalam minda.

“Allahuakbar.” Resah jiwamu, sukar mahu mengaku.

“Inikah cinta?”

Tetapi engkau tidak terus lemas di dalam perasaan. Jiwamu belum buta. Engkau tahu cinta hanya rasa, bukan Tuhan yang perlu diutama. Maka engkau tidak lama membiarkan diri bertarung dengan raksasa rasa.

“Ini kenapa muka sugul ni?” Sapa Ustaz Mikail yang engkau jumpa.

Engkau sekadar memandangnya kosong. Wajah lelaki berambut kemas, berbaju melayu, bertubuh sedikit gempal, sedang menatapmu dengan pandangan kasih. Tangan kanannya kini di bahu kirimu, tanda mesra.

“Ana ni macam jatuh hati pada seorang pelajar perempuan ini la Ustaz.”

Dan wajah jernih murabbimu itu kini beriak terkejut. Dua kening terangkat. Kemudian perlahan-lahan bibir merekah dengan senyuman, dan tawa kecil mengekori keadaan.

“Serius?” Tawa masih ada pada ustaz merangkap warden asrama tempat engkau menadah ilmu itu.

Engkau memuncungkan bibir. “Seriuslah ustaz. Buat apa ana main-main.”

“Oh, ok, ok. Dah besar dah rupanya anak murid ustaz ni. Tingkatan enam la katakan.” Bahumu ditepuk lagi dua tiga kali.

“Ustaz, berikanlah ana nasihat. Ana jatuh hati sebab tertengok dia sahaja tempoh hari. Ana tak kenal dia. Ana tak tahu dia bagaimana. Jadi, apa ana patut buat?” Engkau meluahkan segala ragu di dalam kalbu. Dan Ustaz Ridhwan tidak terus menjawab persoalanmu.

Beberapa ketika, bilik warden itu hanya dihiasi bunyi kipas yang berpusing di siling.

“Cinta. Dasarnya mestilah Pencipta Kepada Cinta.” Ustaz Ridhwan mula berbicara.

“Maka jika benar itu cinta, mestilah menurut perintahNya.” Kali ini tangannya menggosok belakang tubuhmu. Senyuman di bibir Ustaz Ridhwan, seakan diiringi 1001 makna.

Mata engkau membesar.

“Jangan tertipu dengan cinta. Kadangkala, syaitan hanya mempermainkan kita. Sekarang, pergilah dengan nama Tuhan, bermulalah kembara enta untuk mencapai cinta dengan pengalaman.”

“Aduh, sasteranya Ustaz.” Engkau mencebik. Dan mulut Ustaz Ridhwan berbuah tawa.

“Sudah tidak tahu, perlulah menjemput tahu. Jangan sekadar rasa, nanti merasa sahaja.” Kini pipimu pula disentuh lembut, seterusnya Ustaz Ridhwan bangun.

“Itu sahaja nasihat Ustaz?”

“Iya. Lebih dari cukup bukan? Enta bukan anak kecil lagi. Allah memberikan kita peluang untuk berusaha. Masanya, kembara bermula.”

Engkau menggaris senyum. Engkau sedar, bukan Ustaz Ridhwan tidak mampu membantumu dari A hingga Z, dari sifar kepada infiniti, tetapi dia memilih untuk mendidikmu. Cukup sekadar engkau mengetahui atas dasar apa cinta harus engkau bina, sekaligus engkau mengetahui apa yang sepatutnya engkau jauhi, dan kemudian dia menghantarmu bergerak memulakan kembara.

Kembara cinta.

“Terima kasih ustaz.”



Petala Kedua: Kenal Dia, kenal dia.

“Satu perkara yang remaja hari ini sering lupa adalah, rumah tangga itu merupakan batu-bata kepada pembinaan ummah. Maka, hendaklah rumah tangga itu sendiri dibina dengan binaan yang baik. Dan apakah binaan yang lebih baik, selain ketaatan kepada Allah SWT? Sesungguhnya dosa dan maksiat di atas jalan ini, hanya akan merapuhkan rumah tangga, sekaligus menyumbang kepada kelemahan binaan ummat.” Cikgu Bahar berbicara.

Seminar Bait Muslim yang engkau ikuti selama sehari suntuk, berakhir. Lafaz alhamdulillah keluar dari bibir. Menyedari hati disapa cinta, engkau pergi mencari Dia. Engkau sedar ini bukan untuk kepuasan nafsu semata-mata. Maka ilmu engkau penuhkan di dalam dada. Cinta membawa ke rumah tangga, dan rumah tangga adalah batu asas kepada pembinaan ummah. Mustahil dibangunkan dengan sambil lewa!

Betapa telah terpatri di dalam jiwamu, tujuan penciptaan manusia adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya. “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri(kepada Aku)”Surah Adz-Dzariyyat ayat 56.

Dan engkau amat sedar, bahawa pengabdian itu bukan semata-mata memenjarakan diri di dalam masjid, dan berteleku di atas tikar sejadah. Bahkan, pengabdian itu termasuk menjadi pentadbir dunia, kerana Allah SWT juga berfirman: “Ingatlah ketika Tuhanmu berkata kepada para malaikat, sesungguhnya Aku mahu jadikan di dunia ini khalifah.” Surah Al-Baqarah ayat 30.

Maka mustahil jalan cinta ini akan engkau lalui dengan maksiat.

“Cinta biar dipandu dengan keimanan.” Begitulah pesan mudirmu, Ustaz Arif, saat engkau menamatkan pengajian. Maka keimanan itulah yang engkau cuba perkemaskan.

Tidak pula engkau tinggalkan ruang ikhtiar.

Bukanlah engkau ini manusia yang membiarkan urusan sebegini besar kepada Tuhan semata-mata. Fahaman tawakkalmu adalah dengan usaha. Bukan menanti semata-mata. Jika benar jodoh itu tidak perlu diusahakan, tidak perlu dicari, maka pastinya Allah SWT tidak berfirman di dalam Al-Baqrah ayat ayat 221, akan arahan untuk tidak bernikah dengan perempuan yang musyrik. Dan pastinya Rasulullah SAW tidak akan bersabda untuk menggalakkan mencari pasangan yang baik agamanya.

Nyata, itu adalah isyarat daripada Allah dan Rasul, agar manusia ‘mencari’ pasangannya. Bukan menunggu semata-mata.

Maka engkau berusaha. Sebelum menamatkan pengajian, engkau bergerak untuk mengenalinya. Engkau pergi menemui guru-gurumu yang mengetahui dirinya, maka engkau bertanya akan peribadinya. Engkau pergi kepada warden asrama perempuan, engkau tanya akan kehidupannya. Adik perempuanmu, Maisarah, hingga menjadi mata-mata.

“Oh, nama dia Atikah.” Bila engkau diberitahu adindamu itu.

“Kak Atikah sangat baik tau Abang. Cuma dia bukan ketua usrah la. Hafalan pun tak banyak.” Engkau mendengar adindamu memberitahu. “Dia suka baca komik, tengok drama jepun, dan dengar lagu inggeris.”

Engkau tersenyum. Perkara yang sama ada diberitahu oleh guru-gurumu dan ustazahmu yang merupakan warden itu.

“Abang ni, tiba-tiba suruh tanya fasal Kak Atikah, ada apa-apa ke? Tak pernah pun suruh orang jadi spy macam ini.” Maisrah memandang dengan wajah curiganya yang comel itu.

Senyum engkau melebar. “Mahu ambil dia jadi kakak ipar Maisarah.” Engkau angkat kening dua kali.

“Ha? Really?” Kedua-dua bahumu dipegang oleh Maisarah. Sofa ruang tamu seperti bergegar dengan reaksi adindamu itu. Engkau mengangguk.

“Habis, lepas tahu kekurangan-kekurangan dia tadi, Abang still nak ambil dia?”

“Abang nak buat satu perkara dahulu sebelum pergi ke luar negara, dan sebelum benar-benar buat keputusan ambil dia jadi isteri.”

“Apa dia?”

“Nak ziarah rumah dia.”

Mata adindamu terbeliak. Engkau tertawa.

“Okay, tetapi rasanya Abang akan jumpa satu lagi kekurangan dia.”

“Hem?” Engkau angkat kening sebelah. Hairan dengan kenyataan itu.

“Keluarga dia sederhana sahaja. Tak macam keluarga kita.” Kau lihat adindamu menebarkan pandangan ke sekeliling. Engkau akhirnya turut melepaskan pandangan kepada ruang tamu.

Luas. Indah. Televisyen skrin flat plasma 43 inci, dengan set home theater, pokok-pokok hiasan yang menyenangkan, sofa yang cantik lagi empuk, dan sempat engkau memanjangkan lehermu melepasi langsir indah, memandang ke luar. Terdapat air pancur, dan taman hijau di sekelilingnya, serta tiga buah kereta mewah yang diparkir tidak jauh dari hadapan pintu rumah, walau di matamu kini hanya mampu menjengah sebuah sahaja daripadanya.

“Takut Abang tawar hati.” Maisarah bersuara.

“Ai, cakap macam berharap Atikah itu jadi kakak ipar sahaja.” Engkau menoleh kembali kepada adindamu.

“Dia cool kut. Maisarah suka yang cool.” Adindamu mengangkat isyarat ‘peace’. Dan engkau tertawa senang hati.

“Kita tengok dulu macam mana.” Engkau sekadar mengangkat keningmu dua kali. Gaya nakalmu yang telah bersebati dengan diri.



*******



“Jahatla Abang ni!” Pinggangmu dicuit Maisarah. Engkau hanya mampu tersenyum di dalam kereta.

Sekarang baru sahaja mengambil pulang adindamu, dari rumah Atikah yang engkau cinta. Senyum hingga ke bibir, kerana taktikmu berjaya.

“Ada patut adik sendiri dijadikan decoy!”

“Oklah tu. At least you tak jadi toy.” Engkau tertawa lagi.

“Jahat!” Bahumu ditepuk lagi.

Adindamu punya program di Johor Bahru. Dengan suka rela, engkau sudi menjadi yang mengambilnya. Sengaja engkau tidak membenarkan Ayah atau Ibu mengambil adindamu dari program seperti biasa. Kerana kali ini engkau mengetahui yang adindamu akan menanti di rumah Atikah. Seperti biasa. Tinggal sebelum ini, engkau tidak mengenali siapa Atikah.

“Senyum apa panjang-panjang. Angau!” Bahu engkau ditepuk untuk sekian kali.

Engkau sekadar mampu menggeleng, sambil senyum kekal pada bibir diri. Mata kekal pada pemanduan, dengan dua tangan kejap pada stereng.

“Abang rasa, Abang nak ambil Atikah jadi isteri abang.” Tiba-tiba engkau bersuara.

Engkau tidak melihat wajah adindamu, tetapi dia senyap seketika. “Ha, sebab dah tengok dia cantik!” Kemudian baru dia bersuara.

Engkau menggeleng lagi. Kalau kerana cantik, lebih baik dari kali pertama pandang, terus engkau masuk melamar. Bukan kerana cantik.

“Kerana dia dan keluarga dia, sederhana.” Senyuman engkau menghinggap telinga.

Engkau telah terbiasa dengan kemewahan dan kebesaran. Kerana itu, engkau melalui alam remajamu dengan penuh rasa tinggi dan angkuh. Engkau sering memandang rendah orang lain, dan tidak menganggap mereka berharga. Hinggalah ayahandamu menghantar ke sekolah berasrama yang baru sahaja engkau tinggalkan, yang mendidikmu akan Islam yang sebenar, sekaligus membasuh jiwamu dengan akhlak langit. Namun sisa jahiliyyah masih ada, ditambah keluargamu masih kaya dan orang kebesaran. Engkau kenal dirimu, yang masih terbiasa dengan kehebatan. Menjadi ketua dalam pelbagai arena, sentiasa berjaya dalam pelbagai perkara, ditemani puja dan puji, dan sering disimbahi populariti.

Itu semua membentuk sebuah hati. Engkau kenal dirimu, jauh di dalam hati engkau sebenarnya sunyi. Tidak kurang yang menggelarmu berlagak, hanya kerana gaya engkau berbicara, cara engkau berjalan, dan pakaian yang engkau kenakan. Kerana itu, sahabatmu hanya seorang, itulah dia Hazwan yang tua setahun daripadamu. Ketiadaannya di sisi, menyedarkan engkau hanyalah seorang yang sunyi. Kalaulah bukan kerana wujudnya Ilahi, pasti engkau telah membunuh diri kerana kesunyian ini.

Tetapi hari ini, seakan kepingan yang tidak lengkap di dalam hatimu terisi. Saat engkau menjengah ke rumah Atikah yang sederhana. Tidak besar, tetapi seperti syurga. Bersinar dengan akhlak ibu bapanya yang mesra.

Ditambah dengan betapa pemalunya Atikah, hingga dia kekal di balik tabir yang memisahkan dapur, tidak keluar hatta menatang dulang seperti dalam drama-drama. Engkau bukan tidak pernah singgah ke rumah kenalanmu sebelum ini. Tetapi adik-adik atau kakak-kakak perempuan mereka sering teruja untuk menunjukkan diri kepadamu. Nyata, siapa yang tidak kecoh jika anak orang besar sepertimu bertandang.

Tetapi itu tidak berlaku kepada Atikah. Tidak juga kepada Ibu Bapanya. Hal ehwal jawatan Ayah dan Ibumu tidak disentuh langsung. Ibu bapanya, tatkala berbicara, nyata terpapar kefahaman mereka yang ampuh akan Islam, dan cita-cita mereka yang tinggi terhadapnya. Bicara mereka seperti mutiara, penuh dengan nuansa Islam dan tidak pula membicarakan yang sia-sia.

Rumah mereka kecil, tetapi mereka bahagia!

Engkau jatuh cinta.

“Jadi, apa Abang mahu buat?” Maisarah bertanya.

“Kertas kerja.”

“Ha?”



Petala ketiga: Membina Kehidupan.

Engkau kini berada di timur tengah. Jordan bumi idaman. Engkau mendengar betapa terbukanya guru-guru di tanah ini, dan betapa indahnya komuniti melayu yang ada. Dan guru-gurumu, hatta mudir turut menggalakkan engkau ke mari. Membuatkan jiwamu berapi-api untuk menadah segala mutiara di sini.

Engkau fokus dengan pengajian, di samping berusaha membina peribadi.

Roh, akal dan jasad, engkau tempa agar menjadi apa yang diarahkan Ilahi. Memang engkau tahu tidak akan mencapai sempurna, tetapi engkau tahu jika engkau berusaha, akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Bukan itu sahaja fokusmu. Membina kekuatan agar mampu menyara kehidupan juga engkau usahakan. Engkau memahami betapa hendak membina keluarga, bukan hanya dengan perasaan. Tetapi dengan kemampuan.

“Interesting.”

“Isn’t it, Ayah?” Engkau sekadar meleret senyum. Engkau lihat Maisarah di sisi Ibumu terkebil-kebil. Apa yang interestingnya? Mungkin itu yang sedang dia fikir.

Engkau lihat kertas kerjamu diberikan pula kepada Ibu. Ayah memandang tepat kepadamu.

“Perancangan ini, langsung tidak libatkan duit Ayah dan Ibu?” Ayah menajamkan pandangan. Dia dengan gayanya, tegas. Gaya seorang yang berjaya. Yang tidak pernah memanja-manjakan anaknya. Sekiranya dia melihat harta membuatkan anaknya terpesong, dia tidak akan teragak-agak menariknya.

“Er, still perlu duit Ayah dan Ibu untuk taja pengajian Afeef. Masih perlu duit saku.” Engkau garu kepala. Engkau sangka ayahandamu tersilap baca. Engkau sudah nyatakan sedemikian di dalam kertas kerja.

“Ya. Itu Ayah tahu. Maksud ayah, untuk perkahwinan. Semuanya, majlis pertunangan, majlis perkahwinan, bahkan untuk sara hidup keluarga selepas itu, Ayah nampak Afeef letak itu semua di bawah tanggungan Afeef. Afeef dalam kertas kerja kata, Afeef akan plan untuk cycle wang saku yang Ayah Ibu bagi, untuk generate your own income.” Mata Ayah masih tidak melepaskan wajahmu. Dan engkau mengangguk tanda benar akan bicaranya itu.

“Afeef mungkin tak berjaya. Tetapi Afeef nak buktikan yang Afeef ini seorang yang berusaha. Bukan kemaruk nak kahwin sahaja.”

“Nice. Interesting. Ayah suka. Go on. Macam inilah anak Ayah.”

Engkau tersenyum lebar. Apatah lagi, Ayah sedang tersenyum sama. Engkau rasa bahagia dapat membanggakan dia.

“Afeef, Ibu pernah jumpa dan pernah singgah rumah Atikah itu sebelum ini. Biasa ambil Maisarah kalau ada program di Johor Bahru.” Ibu pula bersuara.

“Ya Ibu, Afeef tahu itu.”

“Budaknya baik, lembut. Wajahnya amatlah menyenangkan hati Ibu, akhlaknya sangatlah cantik. Dia ibarat perempuan dari zaman lalu. Kalau Afeef benar mahukan dia, Ibu setuju. Tetapi buktikanlah dahulu dirimu itu.”

“Baik Ibu!”



Maka engkau tidak sekadar bersenang lenang meniti masa lapang sebagai pelajar universiti luar negara. Apatah lagi pelajar deeniyah, punya banyak masa terluang. Sehari, hanya tiga jam sahaja waktu kelas. Maka masa yang lebih, engkau susun sebaik mungkin.

Menadah ilmu tambahan di kelas-kelas masjid. Menjalani usrah yang dianjurkan oleh persatuan. Seterusnya mengikuti program-program kemasyarakatan yang disediakan. Membina hubungan dengan kenalan baru. Seterusnya fokus menggerakkan projekmu.

“Penasyid, tanpa alat musik. How it sound to you?”

“Hem. Interesting. Cool.” Maisarah angkat ibu jari.

Saban waktu terluang, engkau dengan kelebihan suaramu yang sering menyihir pelajar asramamu sebelum ini, akan mendendangkan lagu yang engkau sendiri cipta. Dirakamkan, dan dimuat naik ke YouTube. Engkau bina Blog untuk bercerita pandanganmu akan dunia hiburan di Malaysia, juga negara luar. Engkau promosikan pada rakan-rakanmu di Jordan.

Saban peluang muncul, jika ada acara besar yang dianjurkan oleh persatuan, engkau akan berusaha mendapatkan tempat untuk melakukan persembahan.

Perlahan-lahan, apa yang engkau buat mula tersebar.

Penasyid tanpa alat musik, nyata memberikan impak yang besar memandangkan perkara itu belum lagi popular di Malaysia. Ditambah pula apa yang engkau alunkan itu adalah kalam-kalam yang mengingatkan manusia kembali kepadaNya, memberikan manusia kesedaran agar hidup di dalam peraturan Islam, mengejutkan manusia yang lena, memberikan harapan kepada yang kecewa, dan memotivasikan jiwa. Nyata satu kombo yang menggegarkan mereka yang mendengarnya.

Selepas beberapa bulan, video-videomu mencapai ratusan ribu penonton. Blogmu kini dilawati ribuan orang saban waktu. Pandangan-pandanganmu berkenaan hiburan mula menjadi perhatian dan diambil berat. Engkau mula menjadi sebutan ramai.

“Afeef. Tahniah.”

“Em?” Engkau memandang mas’ul usrahmu, Zakariyya. Usrah telah usai, engkau sahaja yang masih tinggal selepas yang lain pulang. Sengaja. Engkau memang suka mendengar tambahan perkongsian daripada sembang-sembang yang santai daripada para senior.

“Engkau popular sekarang aku tengok. Ramai kenalan aku di Malaysia pun sibuk dengar nyanyian engkau di YouTube.”

“Alhamdulillah. Semua karunia adalah milik Allah, senior.” Engkau tertunduk segan. Engkau sebenarnya kurang senang orang berbicara akan karier nyanyianmu. Apatah lagi bila yang dibicarakan adalah popularitimu.

Engkau menjaga jiwamu.

Kalau boleh, biarlah masyarakat sekeliling memandangmu sebagai orang biasa. Bukan orang lain.

“Banyak lagi kena belajar dengan orang macam senior.” Engkau menambah.

Senior Zakariyya tertawa. “Aku tak pandai menyanyi.”

“Tetapi Senior pandai menawan hati yang jauh dari Ilahi.”

“Kita ini sama sahaja Afeef. Sama sahaja. Teruskan usaha engkau. Aku sentiasa menyokongmu.” Tangannya mencapai bahumu.

Engkau pulang ke rumah sewamu malam itu dengan hati yang senang. Rasa syukur kepada Allah yang membukakan hati orang lain untuk mendengar nyanyianmu, sekaligus menyebar luas lagi penyampaianmu.

Engkau sampai ke rumah, terus membuka komputer ribamu. Memerhatikan perkembangan di blogmu. Tiba-tiba, satu perkara menarik perhatianmu.

“Assalamu’alaikum Tuan Afeef. Kami dari Syarikat MuminzMusic Record, di bawah seliaan Datuk Amir Ar-Rasyid. Kami berhajat ingin menjadikan tuan penyanyi kami. Kami berhajat ingin menerbitkan album tuan. Jika tuan sudi, sila hubungi kami di email…”

Dan selepas itu tidak dapat engkau baca, kerana kini pandanganmu dihalangi genangan air pada mata. Perlahan-lahan air matamu tumpah.

Allahuakbar!



Petala Keempat: Melamar Bidadari.

Keadaan benar-benartelah berubah. Kini, engkau terkenal sebagai penasyid tanpa alat musik di Malaysia. Sedang engkau tidak pernah muncul di sana hingga kini. Engkau sekarang adalah pelajar tahun 3, di University of Yarmouk, Irbid, Jordan.

Engkau memang tidak berniat untuk pulang ke Malaysia, melainkan pada tahun ini.

Engkau sudah punya perancangan yang tersendiri.

Hari ini adalah harinya engkau menaiki penerbangan pulang ke Malaysia. Menjejak tanah airmu, tempat wujud keluarga yang tercinta. Walau kadangkala engkau melepas rindu dengan ber’Skype’ dengan mereka, namun nyata tidak sesekali sama dengan bertemu bersua muka.

“Jaga diri baik-baik mate.” Fawwaz, rakan serumah, pelajar perubatan mengucapkan selamat tinggal.

“Balik ini, sah-sah full jadual engkau.” Dadamu disentuh penumbuk Toriq, juga rakan serumah, pelajar Usul Fiqh yang seangkatan denganmu.

“Doakan aku ok. Semoga Allah jaga aku.” Mereka berdua engkau paut dalam pelukan, sebelum keluar dari rumah, menuruni anak tangga dan menanti teksi ke lapangan kapal terbang. Engkau tidak membawa apa-apa melainkan sebuah bagasi.

Engkau berdiri di tepi jalan. Menanti teksi yang telah engkau hubungi.

“Assalamu’alaikum.” Satu suara lembut menerpa gegendang.

Engkau memandang. Dan ketika itu juga engkau seperti terpana.

Seorang akhawat, berpurdah, bersama dua orang temannya, sedang berdiri di hadapanmu.

Engkau angkat kedua-dua kening. “Waalaikumussalam. Ya?” Hairan mengapa akhawat yang tidak engkau kenali ini boleh berada di hadapanmu kini.

“Em, akhi nak balik Malaysia kan?”

“Iya. Tengah tunggu teksi.”

“Saya sebenarnya ada benda penting.” Akhawat berpurdah itu menundukkan wajahnya.

“Oh, ok. Apa dia?” Engkau berlagak biasa. Walaupun melihat riya’ wajah dua rakan akhawat itu, seakan perkara pentingnya itu tersangat-sangat penting buat dirinya.

“Saya ini, berhajat untuk menjadi sayap kanan akhi.”

Dan engkau diam seribu bahasa.

“Akhi, akhi sila consider Raudhatul Husna. Dia seorang yang aktif dalam dakwah, dan menghafal 30 juzu’ Al-Quran. Seorang yang pantas untuk menjadi pendamping akhi di atas medan yang penuh liku ini.” Salah seorang dari rakannya bersuara. Akhawat berpurdah sekadar menundukkan wajahnya.

Engkau mengerutkan dahi. Dada berdegup kencang.

Raudhatul Husna. Engkau sering mendengar nama ini. Disebut selalu oleh rakan-rakanmu. Perempuan yang terkenal dengan solehahnya, dan dari rakan-rakan engkau yang punya rakan-rakan perempuan, ramai yang menyatakan wajah di balik purdah itu tersangat indah. Pencapaian akademiknya juga sangat mantap, saban tahun mendapat anugerah dekan. Pelajar Usuluddin, tahun 4, University of Yarmouk. Senior kepadamu dari segi batch, namun umurnya sebaya denganmu.

Bukan perempuan sebarangan!

Engkau menghela nafas. Garu kepala yang tidak gatal.

“Em. Husna.”

“Ya, akhi.”

“Saya dalam perjalanan untuk melamar bidadari saya.” Engkau menepuk bagasimu.

“Ya, saya ada dengar juga.” Raudhatul Husna mengangkat wajah. “Sebab itu saya mencuba.”

Allahuakbar.

“Saya tidak harapkan jawapan sekarang. Saya harap akhi pertimbangkan. Mohon diri dulu akhi. Nampaknya, teksi akhi pun dah sampai. Assalamu’alaikum.”

Teksi kini tersedia di hadapan mata. Pemandunya mengucapkan selamat kepadamu. Engkau membalas sapaannya, dan kemudian menghantar Raudhatul Husna dan dua rakan perempuannya pergi dengan pandangan.

“Waalaikumussalam.” Jawapan mulia itu meniti pada bibir.

Engkau menggeleng.



********



Seperti yang dijangka, jadualmu di Malaysia penuh. Saban hari, ada jemputan persembahan ke sana ke mari. 3 tahun para peminatmu menanti. Saban waktu sebelum ini sekadar melihat persembahanmu hanya di alam maya, kini engkau muncul dalam realiti.

“Assalamu’alaikum Malaysia!” Engkau menjerit kuat.

“Waalaikumussalam!” Dan Dewan Sultan Iskandar bergegar dengan jawapan itu.

Engkau dapat melihat ayahanda dan bondamu, bersama adindamu Maisarah di tempat duduk VVIP. Mereka sedang tersenyum gembira, dan itu membuatkan engkau bahagia. Wang royalti album, populariti, bukanlah apa-apa jika hendak dibandingkan senyuman daripada mereka.

Antara tarikan apabila mengikuti persembahanmu adalah, ia seakan-akan ubat kepada jiwa. Tanpa alunan musik, yang ada hanya suara, diselang seli pula dengan motivasi kehidupan yang engkau sampaikan, ia memberikan impak dan kelainan dari apa yang dibawa oleh industri hiburan selama ini.

Engkau hingga ditemu bual oleh beberapa stesen televisyen dan radio, dan dijemput memberikan ceramah motivasi untuk sekolah-sekolah dan universiti-universiti di seluruh Malaysia. Bakat, ditambah dengan persembahan luar biasa yang engkau bawakan, disempurnakan lagi dengan umur yang baru sahaja 20-an, membuatkan engkau menjadi satu fenomena di Malaysia.

Engkau kini boleh dikatakan sebagai yang telah berjaya.

“Nampaknya Afeef, Afeef telah berjaya membuktikannya.” Ayah bersuara, saat sarapan pagi di halaman. Bunyi air pancur menghiasi suasana.

“By the way, actually, kalau Afeef tak berjaya pun capai macam apa yang Afeef capai hari ini, Ibu dengan Ayah memang dah fikir nak support sahaja Afeef kahwin awal. Afeef berusaha sahaja, sudah cukup buat kami gembira. Tetapi nampaknya, Allah beri lebih lagi. Afeef betul-betul berjaya!” Ibu nyata gembira.

“So, Ibu, Ayah, can we discuss about ‘that’ thing?” Engkau angkat kening dua kali dengan senyuman nakal.

“Abang ni, duduk Jordan tiga tahun, tak berubah-ubah gayanya!” Pinggang engkau dicuit Maisarah.

Seluruh keluarga tertawa.

“Okay, hujung minggu ini Ayah dan Ibu free. Maisarah, please notify to her family, yang Ayah dan Ibu nak datang ziarah.”

“Ai ai sir!” Maisarah buat gaya tabik, dengan jemput-jemput masih di tangan.

Engkau tersenyum bahagia.

Sepanjang waktu sebelum ini, engkau berdoa bersungguh-sungguh agar engkau berjaya. Bukan sahaja berjaya dalam karier menyanyi, tetapi berjaya sebagai seorang da’ie. Berjaya membina diri, menimba ilmu, dan mempunyai kefahaman yang luas lagi sederhana dalam agamamu. Saban tahun, jika ada peluang, engkau meluangkan masa cuti semestermu menziarahi Rumah Allah di Makkah, berdoa, mempertingkatkan diri, dengan penuh pengharapan.

Engkau kira, waktu bahagiamu sudah semakin dekat.

Allah akan memakbulkan segala harapan.

“Alhamdulillah.”



Petala Kelima: Menempuh Ujian.

Engkau sugul.

Wajah yang sentiasa ceria, menjadi sedikit kelam. Engkau tetap meneruskan jemputan-jemputan yang masih berbaki. Engkau tersenyum di khalayak ramai, tetapi engkau bersedih di dalam hati.

“Macam Ayah, Ibu?”

Engkau bertanya ceria apabila Ibu dan Ayah pulang. Namun engkau perasan wajah mereka tidak seceria biasa. Maisarah juga masuk ke rumah dalam keadaan menundukkan kepala.

“Eh, kenapa ni?”

Mereka bertiga duduk di atas sofa ruang tamu.

“Em, abang, Kak Atikah tolak la.”

“Ha? Seriously?” Engkau memandang Ibu dan Ayah.

Kedua-dua orang tuamu mengangguk. Hatimu meretak. Jiwamu seakan sedang diayun untuk dihempas pecah.

“Why?” Engkau tidak dapat menerima.

“Atikah kata, dia segan hendak bersuamikan Afeef. Bukan sahaja soleh, pelajar agama di universiti terbilang,aktif dalam arena dakwan dan tarbiyah, ditambah pula punya populariti yang menjulang. Dia rasa tidak layak dan tidak mampu.” Ibu bersuara sayu.

“Nampaknya, kejayaan Afeef, adalah halangan Afeef.” Ayah mengangkat wajah. Dalam bicaranya.

“Afeef sabar ya sayang? Memang dalam dunia ini, bukan semua benda kita mahu, kita dapat.” Ibu memujuk.

Air matamu melimpah deras. Engkau mampu kuat kala punya teman. Tetapi tidak pernah engkau gagal menangis, kala berseorangan. “Allah, kenapa Engkau uji aku begini? Dialah yang aku cinta. Dialah yang aku punya perasaan kepadanya. Mengapa Engkau uji aku begini?” Engkau kecewa.

Usahamu. Penat lelahmu. Kesungguhanmu. Seakan-akan tidak ada apa makna.

“Sahabat.” Hazwan menyentuh pipimu.

Engkau angkat kening sebelah.

“Janganlah sedih sangat.”

“Mana ada ana sedih.” Engkau melarikan wajahmu. Menguis makanan di hadapanmu.

“Wajah sembam aja.” Hazwan tetap konsisten.

“Mana la ana tak sedih, ana sungguh-sungguh berusaha. Sekali, usaha ana adalah penyebab ana ditolak.” Engkau memuncungkan bibir. Dadamu berat.

Sudahlah minggu hadapan mahu balik semula ke Jordan, untuk menempuh tahun akhir sebagai pelajar University of Yarmouk. Engkau rasa tidak bersemangat.

“Sahabat.” Hazwan bersuara. Engkau mengangkat wajah. Hazwan kelihatan telah meletakkan sudu dan garfunya. Selesai menghabiskan makanannya.

“Kita ini, ada masa Allah uji. Ujian kalau tak menguji kita, bukan ujian namanya. Maka, apa kata kita melihat perkara ini dengan skop yang lebih luas. Mungkin Allah SWT mahukan enta meningkat ke tahap yang lebih baik lagi.”

Engkau diam. Hazwan nyata sahabat yang baik. Dia tidak pernah putus memberikan peringatan. Walau terpisah jarak, dia sentiasa menghubungimu. Kekal sebagai sahabat terbaikmu. Kini bila berada di hadapan, nyata terasa dia seperti keluargamu.

“Apa kata kita positif? InsyaAllah, mungkin Allah mahu beri yang lebih baik lagi.” Hazwan menghadiahkan kepadamu senyuman.

Engkau sekadar mampu berdiam. Hatimu seakan hilang. Tetapi jiwamu mengakui kebenaran nasihat Hazwan.

Tiba-tiba, engkau teringat akan Raudhatul Husna.

Apakah mungkin ini adalah susunanNya?



*********



“Bagaimana dengan lamaran saya tempoh hari akhi?” Raudhatul Husna bertanya. Bertemu denganmu dalam perjalanan engkau mahu pulang ke rumah sewa. Perjumpaan tanpa dirancang.

“Akhi belum berpunya kan?” Dia seakan memastikan.

Engkau membisu. Menggeleng.

“Jadi?”

Jiwamu bersuara. Apa kurangnya Husna? Bahkan berkali ganda lebih baik daripada Atikah.

“Berikan saya masa. Nanti saya beritahu.” Engkau mengelak.

“InsyaAllah, saya tunggu. Semoga Allah berikan kepada kita yang terbaik. Pergi dulu Akhi. Assalamu’alaikum.” Raudhatul Husna berpapasan pergi, diiringi rakan-rakannya. Engkau sekadar menghantar dengan pandangan. Mereka mungkin mahu ke universiti.

Engkau menghela nafas.

“Wa’alaikumussalam.”

Mengapa mahu kepada yang tidak mahu wahai Afeef? Engkau bertanya kepada dirimu sendiri. Mengherdik. Marah. Entah mengapa, walau berapa kali engkau cuba untuk tidak lagi berhajat kepada Atikah, dia tetap terpatri di dalam jiwa gagah.

“Ya Allah, Engkau susun agar dia menolakku. Tetapi Engkau tidak hilangkan dia daripada jiwaku. Apakah ini Ya Rabb? Aku tidak lagi mengharap untuk dia menjadi isteriku, tetapi hati kecilku kekal bersamanya. Aku cuba sibukkan diriku sesibuknya, tetapi tetap aku tidak mampu melupakannya.” Engkau mengadu.

Semenjak ditolak, engkau semakin rajin berqiamullail. Di situlah engkau tumpahkan segala pengaduan. Di situlah engkau menambah kekuatan. Kepada siapa lagi mahu diminta bantuan, kalau bukan kepada Allah SWT.

Engkau tidak meminta agar Atikah menerima, tetapi engkau meminta agar engkau yang mampu menerima keputusan ini. Engkau amat matang untuk meminta permintaan yang betul. Meminta orang lain bersedia menerima, hanya akan membuahkan kekecewaan, kerana itu adalah ruang ikhtiar manusia lain. Sedang untuk diri sendiri menerima realiti, kuat menempuh cabaran, itu adalah ikhtiar diri. Maka sebaiknya berdoa untuk itu. Kerana itu yang sepatutnya.

Kini engkau seakan meningkat setahap lagi. Lagu-lagumu kini lebih dekat dengan jiwa. Lirik-liriknya kini sentiasa tidak pernah gagal memagut rasa. Kefahamanmu terhadap Al-Quran dan Al-Hadith yang meningkat seiring pengajianmu, memapankan lagi lirik-lirik yang ditulis olehmu.

Engkau menjadi lebih sederhana. Lebih bertolak ansur. Berpandangan lebih jauh.

Lebih matang. Engkau melalui ujian ini dengan tabah.

Tiba-tiba, satu waktu itu, mindamu seperti dibuka sesuatu.

“Aku faham kenapa aku tak dapat tinggalkan perasaanku terhadap Atikah!” Engkau tersenyum sendiri.

Kerana dialah satu-satunya perempuan yang menolakmu. Walaupun sedih dengan penolakannya, tetapi itu tambah membuktikan bahawa betapa tepatnya pilihanmu. Bukan mudah hendak berjumpa dengan perempuan yang menolak lelaki sepertimu. Tetapi Atikah, atas kesederhanaannya, menolakmu.

Kerana itu, penolakannya tanpa sedar telah menambah cintamu!

“Apakah ini maknanya?” Engkau bertanya kepada jiwa.

Engkau ada Raudhatul Husna yang menanti, dan Atikah Hazwani yang bertahta di hati.

“Tidak salah mencuba.” Engkau tersenyum sendiri.

Pantas engkau mencapai telefon pintar milikmu, dan menghubungi keluarga yang dekat di kalbu.

“Ibu, Ayah, cakapkan kepada Ibu Bapa Atikah, yang Afeef suka untuk jadikan Atikah sebagai isteri. Bila dia tolak, itu buat Afeef lagi suka kepada dia. Dialah yang Afeef cari untuk melengkapkan Afeef. Afeef perlukan orang seperti dia. Cakapkan begitu kepada mereka. Afeef beri masa sebulan. Selepas itu, jika tolak juga, Afeef pasrah pilih orang lain.”

Begitu bicaramu.

Dan selebihnya, engkau serahkan kepada Tuhanmu.



Petala Keenam: Hubungan Yang Terjaga.

“Assalamu’alaikum Cinta.” Engkau menekan butang ‘send’.

Beberapa waktu, telefon pintarmu berbunyi. Tanda mesej masuk.

Pantas engkau membuka kantung mesej.

“Waalaikumussalam. Sebelum kahwin, jangan sweet-sweet sangat dengan saya. Saya tak berapa senang.”

Engkau garu kepala. SMS pertama engkau dibalas begitu. Engkau tertawa sendiri. Engkau bukan apa, sangka dengan SMS sedemikian, buat tunangmu itu menjadi lebih tenang. Tanda engkau tidak mahu memberikan masalah kepadanya. Tanda engkau benar-benar mencintainya.

Itu kenangan kala baru bertunang.

Ditetapkan, pertunanganmu akan berjalan selama setahun. Beberapa bulan selepas engkau tamat pengajian, baru perkahwinan akan berlangsung.

Tunangmu nyata seakan perempuan dari zaman lalu. Sangat terjaga. Sangat pemalu. Sangat menjaga. Baru beberapa hari bertunang, dia menulis satu email.

“Awak tak boleh publicly bagitahu siapa tunang awak. Bagitahu awak dah bertunang tak mengapa. Kemudian, awak tak boleh cerita apa-apa pun yang boleh menzahirkan saya di public. Ini awak kena janji dengan saya.”

Engkau tidak membalas panjang. “Ai ai sir!” Itu sahaja. Menuruti.

“Ini Ummi berikan Afeef surat Ummi dan Abah masa bertunang dulu.” Pesan Ummi tunangmu pada nota yang tertampal di bungkusan yang engkau baru terima dari Malaysia.

“Afeef berhubunglah dengan dia sebulan sekali lalu email. Ta’aruf. Belajarlah dari surat-surat Ummi dan Abah ini.”

Engkau tersenyum. Nampaknya tidaklah terlalu ketat sampai semua benda tidak boleh.

“Awak, Ummi suruh kita berhubung lalu email sebulan sekali. Awak ok?”

“Kalau dah itu Ummi suruh, ok je. Tetapi sebulan sekali sahaja, tak ada ayat-ayat bunga, dan strictly untuk ta’aruf sahaja, okay? Saya ni sebenarnya tak pernah berhubung dengan lelaki sebelum ini.”

Nice. Hatimu tertawa. Jari menekan papan kekunci pada telefon pintarmu.

“Baik boss!”

Dan bermulalah perhubunganmu dengannya. Sebulan sekali, engkau akan menulis, dan dia akan membalas. Engkau ceritakan perihal dirimu, dia akan menceritakan perihal dirinya. Engkau cerita apa yang engkau suka, dia cerita apa yang dia suka. Engkau beritahu fasal pelajaran, dia cerita fasal pelajaran. Begitulah, beberapa bulan, hingga engkau graduasi.

Selepas engkau graduasi, ada beberapa bulan sebelum berkahwin. Ibu dan Ayah sibuk dengan persiapan. Memandangkan engkau kini bertaraf selebriti, banyak jemputan yang perlu diuruskan. Engkau sudah nyatakan kepada Ibu dan Ayah:

“Ibu, Ayah, Afeef bajet sekian-sekian sahaja untuk kahwin, okay? Lebih-lebih, Ibu Ayah yang support tau.”

“Don’t worry dear.” Ibu mencubit manja pipimu. Teruja sungguh. Yalah, menantu pertama.

Engkau walau sibuk meluangkan masa dengan kerjaya, sekali-sekala engkau akan menyempatkan diri juga untuk menziarahi rumah tunangmu di Malaysia. Tetapi dia tidak pernah muncul ke ruang tamu. Hanya Ummi dan Abah sahaja yang berbicara denganmu saban waktu.

Sungguh pemalu.

Kadangkala engkau belikan hadiah, tetapi seringkali sahaja hadiahmu dibalas dengan SMS:

“Buat apa ini? Awak janganlah membazir.”

Bila engkau cuba mendapatkan maklumat daripada adindamu Maisarah, Maisarah akan menjawab:

“My soon to be Kakak Ipar kata, Abang dah tak boleh korek-korek rahsia. So, my lips is sealed.” Sambil buat gaya zip mulut.

Engkau hanya tersenyum. Tidak pernah engkau kecewa dengan sikapnya, kerana itulah yang engkau cari selama ini.

Atikah Hazwani.

Engkau memang perempuan yang mahal.

Harinya semakin hampir.

Buah kepada pokok sabar akan dituai tidak lama lagi.



Petala Ketujuh: Ini Hanya Permulaan.

“Sah?” Tok Kadi memandang sekeliling.

Semua yang hadir tersenyum. “Sah.”

“Alhamdulillah. Alhamdulillah!” Kedengaran suara Ummi, Abah, Ibu, Ayah dan Maisarah keseronokan. Engkau melirik ke arah Atikah yang indah seperti bidadari berpakaian serba putih. Atikah juga sedang memandang kepadamu.

“Ha, sarunglah cincin.” Kedengaran suara Ibumu. Suasana gamat dengan tawa melihat kerterujaan bondamu. Para jurukamera dari pelbagai stesen televisyen, sedang sibuk menangkap gambar, bahkan ada yang merakamkannya. Kerana perkahwinanmu menjadi siaran langsung di salah satu stesen televisyen negara.

Engkau bergerak merapati Atikah. Duduk antara dua sujud, memandang wajahnya.

Hatimu seperti terangkat ke langit ketujuh.

“Akhi, mengapa tidak memilih saya?”

“Kerana bidadari telah sudi menerima.”

“Saya dengar, dia tidaklah sesolehah mana.”

“Bukan itu yang diukur oleh saya. Saya memilih dia, kerana dia sederhana.”

Dan kesederhanaan ini sedang berada di hadapanmu.

“Assalamu’alaikum cinta.” Tiba-tiba suaranya, yang tidak pernah engkau dengar langsung sebelum ini, terbit menyampaikan salam.

Mata engkau membesar. Tidak percaya. Indah lembut suaranya menggetarkan gegendang telinga, memalu jiwa. Allahuakbar.

Spontan air matamu merembes. Sekarang baru terasa, betapa telah bertahun-tahun berlalu, semenjak pertama kali engkau jatuh hati kepadanya. Hari ini, dia berada di hadapanmu, halal buatmu.

“Wa’alaikumussalam rindu.” Engkau tersenyum lebar, sambil menyarung cincin. Terus perempuan itu bersalaman denganmu, pertama kali bersentuhan dengan ajnabi, ibarat elektrik menjalar terus menyegarkan hati, disempurnakan dengan tunduk kepalanya mengucup belakang tanganmu.

Tanganmu terasa basah.

Nyata dia juga sedang menitiskan air mata.

Alhamdulillah.

Dan engkau tahu bahawa ini baru permulaan kepada satu lagi kembara.


Allahu'alam.

Friday, April 20, 2012

harini ak nk share satu story. sgt sgt sgt sedih. bila baca je cete ni ak nangis. teringinnya ak untuk mnjadi seperti dia. isteri yg taat dan patuh pada suami. dan alangkah indahnya ak mendapat suami yg soleh spt ini. Amin.

Hayati kisah dibawah ini :)

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?


Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.


Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.


“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.


Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.


Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.


Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.


Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”


“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.


Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.


Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.


Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”


Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.


Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).


Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.


Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.


Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.


Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.


Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.


“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.


“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”


Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.


Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.


Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?


Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.


Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…


Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…


Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.


“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.


“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”


Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.


PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.



**********



Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.


Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..


“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.


Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.


“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..


Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”


Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.